fbpx

Nahas enam kenderaan akibat treler hilang kawalan di Banting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian itu dan antara kenderaan yang rosak akibat kemalangan tersebut.

KUALA LANGAT – Gara-gara treler hilang kawalan menyebabkan kemalangan enam buah kenderaan di Kilometer 32.5 Jalan Klang – Banting berhadapan sebuah bank di Banting di sini, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa terhadap mangsa berusia 20 hingga 50-an termasuk dua wanita.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler dari arah Dengkil menghala ke Sungai Buaya, Banting telah hilang kawalan lalu melanggar sebuah treler lain.

Katanya, ini menyebabkan treler tersebut telah bergerak ke hadapan lalu melanggar sebuah kereta jenis Proton X90, Proton Persona dan Gen2.

“Turut terlibat kemalangan itu adalah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang sedang berhenti memberikan laluan kepada kenderaan lain memasuki parkir kenderaan di bahu jalan.

“Siasatan mendapati pemandu treler berusia 40-an itu mempunyai lesen memandu dan hasil ujian saringan air kencing mendapati negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kesemua pemandu termasuk dua suri rumah serta saksi bebas telah hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah ini.

Jelasnya, kes diklasifikasi dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

“Siasatan masih dilakukan termasuk aspek masalah brek pada treler itu dan kenderaan berat itu akan dihantar bagi ujian untuk tujuan itu.

“Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mazrol Mohd. Din di talian 011-18539115 atau 03-31872222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI