fbpx

[VIDEO] Siti Jamumall, suami cerai kali kedua dalam TikTok Live

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan Khairul Aiman melafazkan cerai talak dua sebanyak tiga kali terhadap isterinya.

PETALING JAYA – Pasangan pempengaruh, Siti Suriani Wahiddin, 26, atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall, dan suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, bercerai buat kali kedua pada awal pagi tadi.

Lafaz cerai itu dibuat secara langsung menerusi siaran TikTok di akaun @Sitijamumall hingga menjadi tular di media sosial.

Menerusi satu perkongsian semula di TikTok oleh @Aiyang.co, Aiman melafazkan cerai kepada isterinya sebanyak tiga kali sebelum siaran tersebut dihentikan secara mengejut.

“Siti Suriani binti Wahiddin, aku ceraikan kau dengan talak dua. ‘See you in court’ (jumpa di mahkamah),” katanya dalam video berkenaan.

Rakaman itu turut memaparkan pertengkaran antara pasangan terbabit sebelum talak dilafazkan.

Selepas diceraikan, Siti Jamumall dilihat dalam keadaan sebak dan ditenangkan oleh dua individu lain yang berada bersamanya.

“Jangan menggigil, jangan menggigil,” kata salah seorang daripada mereka bagi menenangkan Siti.

Terdahulu, media melaporkan pasangan itu pernah bercerai dan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Namun, mereka mengambil keputusan untuk kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat.

Difahamkan, pasangan ini bernikah di Satun, Thailand pada 1 Jun tahun lalu.

Siti sebelum ini juga pernah berkahwin namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan terdahulu, beliau dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3. – KOSMO! ONLINE

@aiyang.co #sitijamumall #aimantakkesah #sitijamumallcerai ♬ bunyi asal – Aiyang Store

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI