fbpx

Pertama kali dalam sejarah kena tangkap ‘skunk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan anggota bomba tersebut menangkap 'skunk'.

PETALING JAYA – Adegan lucu sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika ingin menangkap ‘skunk’ (sigung) mencuri perhatian pengguna media sosial hari ini.

Mana tidaknya, tugasan menangkap haiwan mamalia itu pertama kali dalam sejarah dilakukan oleh anggota bomba yang dipercayai berpangkalan di Sabah itu.

Menerusi video tular dimuat naik @pedangair, kelihatan anggota bomba tersebut berdepan dengan cabaran apabila ‘skunk’ mengeluarkan bau busuk ketika ingin ditangkap.

Untuk pengetahuan, ‘skunk’ paling terkenal dengan kemampuannya mengeluarkan bau busuk dan berbau kuat dari hujung belakang mereka, ketika merasa terancam.

Kelihatan di dalam video itu anggota bomba terbatuk-batuk kerana menahan bau busuk yang terlampau kuat meskipun telah menutupi haiwan tersebut dengan kain.

Malah bau busuk itu turut dihidu oleh penduduk-penduduk sekitar yang menyaksikan penangkapan haiwan tersebut.

Bagaimanapun, di penghujung video, pasukan tersebut berjaya menangkap sebelum menghantar haiwan itu ke habitat asalnya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur serta memuji usaha pihak bomba untuk melayan pelbagai jenis tugasan termasuklah menangkap ‘skunk’.

“Lucu dan tabik dekat abang bomba sebab semahu-mahunya tak nak sakitkan haiwan tu, walaupun berkali-kali hidu bau gas busuk,” komen Nienie.

“Kadang kasihan juga dengan abang bomba sebab kena hadap tugasan begini, terima kasih abang bomba,” komen Sakinah.

“Baru tahu kat Malaysia ada binatang ni rupanya. Kalau tak ada video ni, tak tahu pun wujud ‘skunk’ kat Malaysia,” komen Aishah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI