fbpx

Ibu berangkat haji, Siti Nurhaliza doa semua dipermudahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Siti Nurhaliza iaitu Siti Salmah Bachik sudah selamat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

PETALING JAYA – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila ibunya, Siti Salmah Bachik sudah selamat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji, pagi tadi.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berkata, ibu kesayangannya itu berangkat bersama sahabat serta rombongan jemaah Tabung Haji dengan segala urusan perjalanan dipermudahkan.

“Alhamdulillah, subuh tadi Mak Salmah berangkat menunaikan fardu haji.

“Mak pergi bersama sahabat dan jemaah haji daripada Tabung Haji.

“Syukur, segala urusan beg dan pendaftaran berjalan lancar. Terima kasih Lembaga Tabung Haji,” tulisnya menerusi hantaran dalam Instagram.

Pelantun Seribu Kemanisan itu turut memohon doa orang ramai agar ibunya diberikan kesihatan baik dan dipermudahkan segala urusan ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.

“Doakan semoga Mak Salmah dan jemaah lain diberikan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah, mendapat haji mabrur dan selamat pergi serta kembali.

“Ya Allah, jagakan ibuku dan seluruh jemaah haji yang lain, amin,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ribuan peminat dan rakan selebriti membanjiri hantaran tersebut dengan doa serta ucapan tahniah.

“Sebaknya hati tengok TokTi peluk Mak Salmah. Semoga ibadah hajinya dipermudah dan diterima Allah,” komen seorang pengikut.

“TokTi anak solehah. Moga Mak Salmah selamat pergi dan pulang, diberi kesihatan serta kekuatan sepanjang berada di Tanah Suci,” tulis netizen lain.

Siti turut memuat naik beberapa keping foto yang merakam momen menyentuh hati ketika menghantar ibunya ke pusat pengumpulan jemaah awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI