fbpx

Ramasamy tak mengaku pecah amanah RM859,131

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramasamy (tengah) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini.

SEBERANG PERAI – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas 17 pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan dana Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHNPP) berjumlah RM859,131.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama hingga 13, Ramasamy yang ketika itu merupakan Pengerusi LWHNPP didakwa telah melakukan pecah amanah jenayah dengan menyalahgunakan harta organisasi berkenaan.

Ia adalah dengan cara membuat bayaran berjumlah RM779,131.29 menerusi cek dan pindahan telegraf untuk pembelian pedati emas tanpa mendapat kelulusan mesyuarat LWHPP terlebih dahulu.

Bagi pertuduhan ke-14 dan ke-15, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan bayaran perbelanjaan perubatan menerusi dua cek berjumlah RM65,000.

Dua lagi pertuduhan, Ramasamy didakwa melakukan pecah amanah membabitkan pembayaran untuk bantuan kewangan pendidikan menerusi dua cek sebanyak RM15,000.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di dua bank di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dan Prangin Mall, George Town antara 2 Mei 2019 hingga 18 April 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Azura Zulkiflee dan Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar manakala tertuduh diwakili barisan peguam, Dr. Shamser Singh Thind, Eng Yuh Pei dan Archana Chandrasekaran.

Zulhazmi kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM78,000 bagi semua pertuduhan selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di pejabat SPRM pada setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 16 Julai depan untuk sebutan kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI