fbpx
JOSUE

KL City kekalkan dua tonggak penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur City FC (KL City) dijangka mampu memberi cabaran dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) selepas dua tonggaknya, Paulo Josue dan Giancarlo Gallifuoco kekal menyarung jersi The City Boys musim depan.

Perkembangan itu disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar yang percaya Jouse serta Gallifuoco adalah aset penting dan masih berada dalam perancangan pasukan.

“Paulo (Josue) dan GG (Giancarlo Gallifuoco) kekal (bersama KL City), sebahagian besar skuad sedia ada kekal tetapi kita ada tambahan pemain baharu untuk mantapkan pasukan.

“Untuk pemain baharu saya tidak boleh umumkan lagi kerana bagi kami, biarlah jurulatih diumumkan dahulu tetapi pemain yang bersama kita adalah berstatus pemain kebangsaan,” kata Syed Yazid.

Josue yang juga pemain naturalisasi negara pernah menyatakan kesediaannya untuk kekal di Lembah Klang pada musim depan biarpun dikhabarkan menerima tawaran daripada kelab Liga M dan juga dari luar negara.

“Saya masih mempunyai kontrak. Tetapi semua terpulang kepada pengurusan pasukan dan sudah pasti semua perkara perlu dibincangkan,” kata Josue.

Penyerang kelahiran Brazil itu mempamerkan aksi cemerlang apabila merangkul Anugerah Penjaring Terbanyak Liga Super (Tempatan) apabila meledak 17 gol buat KL City.

Sementara itu, Gallifuoco pula akan didaftarkan sebagai pemain tempatan selepas proses naturalisasinya dijangka dilakukan dalam tahun ini selepas bersama KL City sejak 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN