fbpx

Dr. Mushaddad dilantik Timbalan Naib Canselor USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mushaddad dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang baharu.

SEREMBAN – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengumumkan pelantikan Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 12 Mei 2027.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Adnan Mohamed Yusoff yang telah tamat tempoh lantikan dan berpindah ke Fakulti Pengajian Quran Sunnah sebagai Profesor Fakulti.

Naib Canselor USIM, Prof Dato Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani menyerahkan kad staf sebagai simbolik rakam masuk Dr. Mushaddad  di Lobi Canselori USIM di sini, hari ini.

Dr. Mushaddad berkata, beliau mengharapkan sokongan penuh daripada seluruh warga USIM, khususnya pasukan di bawah HEPA.

“Kita perlu bergerak bersama dalam satu saf yang kukuh, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

“Saya percaya, dengan kebersamaan dan keikhlasan, kita mampu membawa HEPA ke tahap yang lebih cemerlang, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan universiti, agama, bangsa dan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI