fbpx

‘Presiden masih kosong, saya akan isi kemudian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berjalan kaki ke Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan Termasyur selepas menunaikan solat Jumaat di Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas lanjut mengenai pencalonan anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menjamu selera di sebuah restoran di Presint 9, di sini hari ini.

Sebelum itu, wartawan sempat mengajukan soalan kepada Perdana Menteri mengenai pencalonan Nurul Izzah itu.

“Saya tak daftar lagi (borang pencalonan Presiden). Presiden masih kosong, saya akan isi kemudian,” jawabnya secara berseloroh.

Jawapan itu memberi bayangan bahawa Anwar akan mempertahankan jawatan Presiden PKR dan akan segera mengisi borang pencalonan hari ini.

Terdahulu, Anwar menyahut cabaran sekumpulan wartawan yang meminta beliau berjalan kaki ke restoran sejurus selesai solat Jumaat, sebentar tadi.

Anwar sebelum itu menyertai 500 jemaah menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Iman, Presint 9, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI