fbpx

K2

Extra Joss perkenal perisa baharu oren, kukuhkan jenama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARI kiri Oktavianus; Timbalan Presiden PRESMA, ⁠Dato Mohamed Mohsin Abdul Razak; Pengarah President PT Bintang Toedjoe, Fanny Kurniati; DKSH Malaysia, Chong Kim Heng dan Pengurus Besar Serantau Kalbe International, ⁠Ritchie Kurniawan.

EXTRA Joss, jenama minuman bertenaga yang dikenali di rantau Asia Tenggara, hari ini mengumumkan pelancaran perisa terbaharunya iaitu Extra Joss Oren, khusus untuk pasaran Malaysia. 

Pelancaran ini menandakan langkah strategik syarikat itu dalam memperluas penawaran produknya dan terus relevan dengan cita rasa pengguna tempatan yang semakin berkembang.

Extra Joss Oren hadir dengan rasa oren yang menyegarkan dan diformulasi dengan gabungan vitamin B kompleks, ginseng Korea dan royal jelly, kombinasi khas yang memberikan tenaga segera dalam bentuk yang mudah dan menyeronokkan. 

Dirumus untuk golongan muda yang cergas dan aktif, produk ini juga mengekalkan elemen kesegaran yang sesuai dinikmati dalam pelbagai situasi harian.

Sehubungan itu, dengan pelancaran ini, Extra Joss kini menawarkan empat pilihan perisa utama di pasaran Malaysia iaitu Oren, Anggur, Mangga dan Active. 

EXTRA Joss hari ini melancarkan perisa terbaharunya iaitu Extra Joss Oren, khusus untuk pasaran Malaysia.

Keempat-empat perisa ini direka untuk memenuhi keperluan tenaga harian sambil mengekalkan pengalaman menikmati minuman yang menyenangkan dan mudah diakses.

Menurut Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn, Bhd., Oktavianus, pelancaran Extra Joss Oren bukan sahaja memperluaskan pilihan produk jenama itu, tetapi juga menunjukkan komitmen mereka untuk terus berkembang bersama pengguna tempatan.

“Kami percaya rasa yang menyegarkan ini akan menarik minat pengguna baharu serta mengekalkan kesetiaan pelanggan sedia ada.

“Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan di Malaysia, Extra Joss juga menyasarkan untuk menembusi segmen belia melalui penglibatan dalam acara sukan peringkat universiti dan sekolah menengah. 

“Pendekatan ini sejajar dengan matlamat jenama untuk membina hubungan lebih erat dengan komuniti pengguna muda dan menyokong gaya hidup aktif mereka,” katanya.

Extra Joss Oren kini boleh didapati di hampir setiap kedai mamak, warung, kantin, restoran dan cawangan kedai makan di seluruh Malaysia, termasuk juga di pasar raya utama serta platform e-dagang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Extra Joss atau ikutinya di media sosial @extrajossmy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI