KAJANG – Kes simbah asid melibatkan Faisal Halim yang pernah menggegarkan negara pada Mei tahun lalu akhirnya diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Peguam Nik Zarith Nik Moustpha berkata, perkara itu dimaklumkan Jabatan Peguam Negara menerusi satu surat bertarikh 18 Februari 2025.
“Kami membuat kenyataan di sini sebagai peguam yang mewakili anak guam kami, Faisal Halim berhubung kes serangan simbahan asid terhadap beliau pada 5 Mei 2024.
“Sepanjang tempoh siasatan kes ini, pihak kami mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan kes ini diberikan perhatian yang sewajarnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Menurut Nik Zarith, surat Jabatan Peguam Negara itu menyatakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesan sebarang petunjuk baharu.

dan Nik Zarith bin Nik Moustpha (kiri) ketika sidang akhbar di Kajang hari ini.
Sebagai rekod, Faisal yang mesra dengan panggilan Mickey menjadi mangsa simbah asid di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya pada 5 Mei tahun lepas sehingga disahkan melecur tahap empat.
Namun, Faisal berjaya bangkit daripada ‘malapetaka’ tersebut dengan membuat kemunculan semula di atas padang bersama Selangor FC pada Ogos lepas. – KOSMO! ONLINE