fbpx

‘Rezeki Tom Cruise dapat jumpa Sofyank’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Sofyank selepas selesai menjalani penggambaran VFX bersama Tom Cruise di Tokyo, Jepun hari ini.

PETALING JAYA – Pencapaian pereka kandungan digital popular Sofyank sehingga ke persada antarabangsa terus menjadi tumpuan ramai.

Terbaharu, beliau berpeluang bekerjasama dengan aktor terkemuka Hollywood, Tom Cruise menerusi penggambaran video kesan-kesan khas (VFX) di Jepun.

Menerusi perkongsian pemilik nama sebenar Mohamad Sofian Abdullah itu, beliau menzahirkan kesyukuran apabila selamat mendarat di Tokyo, semalam, bagi tujuan berkenaan.

“Insya-Allah esok (hari ini) kalau tiada halangan, saya akan ‘shoot’ satu video VFX bersama dengan Tom Cruise. Buat masa sekarang, perasaan memang sangat ‘nervous’ (gementar) menunggu detik untuk shooting (penggambaran). Walaupun dah buat persiapan awal, tapi masih lagi risau untuk sesi esok.

“Dikesempatan ini, kalau tak keberatan saya nak minta dengan semua doakan proses penggambaran berjalan lancar. Insya-Allah saya akan terus kemas kini perjalanan kami di sini. Nantikan tau,” katanya.

Pada hari ini pula, Sofyank memaklumkan bahawa beliau berjaya melaksanakan tugasan berkenaan.

“Alhamdulillah, ‘we did it’ (kita berjaya melakukannya),” ujarnya di media sosial.

Perkongsiannya itu meraih keterujaan rakyat Malaysia yang turut berbangga di atas pencapaiannya itu, malah ada yang berseloroh bahawa Tom Cruise yang bertuah kerana berpeluang bertemu Sofyank.

“Rezeki Tom ni dapat jumpe Pian (Sofyank),” komen seorang pengguna.

“Sebenarnya Tom tu pun teruja nak jumpa Sofyank. Berdebar dia tu,” kata netizen yang lain.

“Tahniah! Ini kejayaan dan kemajuan yang perlu diiktiraf,” saran @sujimymohamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI