fbpx
KAKITANGAN Jabatan Perhilitan Melaka melakukan pemantauan di tebing Sungai Umbai berhampiran Kampung Bukit Kechil, Pernu hari ini. Foto oleh AMRAN ALI/ KOSMO!

Buaya muncul, Perhilitan minta penduduk jauhi Sungai Umbai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka sedang menjalankan pemantauan berterusan di lokasi kemunculan seekor buaya di tebing Sungai Umbai berhampiran Kampung Bukit Kechil, Pernu dekat sini.

Pengarahnya, Petra Sulai berkata, hasil tinjauan pihaknya di lokasi mendapati kelibat buaya berkenaan dikesan tidak jauh dari kawasan yang dilaporkan oleh penduduk.

“Kaedah jaring lebih praktikal untuk digunakan bagi menangkap reptilian itu buat masa ini.

“Saya juga nasihatkan penduduk supaya tidak menghampiri lokasi aduan dan tidak bertindak sendiri. Ini melibatkan keselamatan dan harus diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Mengulas lanjut, Petra berkata, pihaknya sedang mengambil langkah-langkah awal dan akan menentukan tindakan seterusnya berdasarkan hasil pemerhatian serta siasatan.

Kosmo! pada 1 Mei lalu melaporkan seorang peniaga capati di Kampung Bukit Kechil, Pernu di sini terkedu apabila ‘disergah’ seekor buaya dipercayai jenis tembaga yang tiba-tiba muncul di tebing Sungai Umbai berhampiran warung miliknya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Abu Shah Hashim, 57, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang melakukan kerja memotong rumput di sekitar warung terletak kira-kira 20 meter dari lokasi reptilia itu muncul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN