fbpx
Keadaan sebuah motosikal yang terbakar selepas bertembung di Jalan Sungai Kechil, Jawi, Seberang Perai semalam.

‘Abang meronta-ronta sakit melecur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – “Kami masih bersedih apatah lagi melihat video di lokasi kejadian yang memaparkan keadaan abang yang sedang meronta-ronta kesa­kitan.”

Itu kata adik kepada mangsa, Daud Abd Razak, 44, yang maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah motosikal sebelum terbakar di Jalan Sungai Kechil, Jawi di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 te­ngah malam itu, Daud yang melecur 50 peratus meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap, manakala seorang lagi berusia 40-an mati di lokasi.

Adik Daud, Siti Mariam, 38, berkata, keluarga masih tidak dapat menahan kesedihan dengan tragedi yang menimpa abang kesayangan mereka itu.
Daud merupakan anak ketiga daripada 10 beradik dan bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Bayan Lepas.

“Kami dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 1.30 pagi dan bergegas ke Hospital Sungai Bakap.

“Kami sekeluarga masih terkejut, sedih dengan apa yang berlaku. Abang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jawi Indah. Memang laluan di situ kurang pencahayaan ke­rana tiang lampu berada pada kedudukan yang sangat jarak,” katanya kepada Kosmo!.

Siti Mariam berkata, mereka sekeluarga meminta orang ramai supaya berhenti menular video kejadian berlaku.

“Tolong jaga aib arwah dan perasaan ahli keluarga terutama isteri dan dua anaknya,” katanya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 12.16 tengah malam semalam.

“Kemalangan membabitkan dua buah motosikal terbakar yang dianggarkan musnah kira-kira 80 peratus,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN