fbpx
YAMAL (tengah) meledak gol pertama Barcelona ketika mereka terikat 3-3 menentang Inter pada aksi separuh akhir pertama UCL awal pagi semalam. - AFP

UCL: Kekuatan mental selamatkan Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Hansi Flick gembira dengan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh pasukan untuk bangkit mencatat keputusan seri 3-3 bertemu Inter Milan pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi semalam.

Pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Olimpik, Catalonia, skuad tuan rumah dikejutkan apabila ketinggalan 0-2 seawal 20 minit sebelum Lamine Yamal, Ferran Torres serta jaringan sendiri Yann Sommer memastikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri.

Kata Flick, apa yang dipamerkan oleh pasukannya pada awal saingan di luar jangkaan apabila mudah dibolosi dua gol, tetapi mentaliti juara yang dipamerkan oleh pasukan sangat luar biasa.

“Saya rasa kami tidak bermula dengan baik, tetapi kamiberjaya bangkit dengan aksi pada babak kedua yang cukup hebat. Kita sepatutnya boleh menang, tetapi saingan yang diberikan oleh Inter juga begitu sengit.

“Saya rasa perlawanan kali ini seperti final kerana Inter adalah pasukan yang berpengalaman dan menggunakan kelebihan fizikal untuk meraih gol menerusi situasi set piece,” kata Flick.

Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Jerman itu turut memuji impak Yamal yang berjaya memberi kesukaran buat benteng Nerazzurri dengan meledak gol solo yang menarik pada babak pertama.

“Prestasi Yamal semakin matang dan jaringan yang dilakukan cukup penting untuk membantu kita merapatkan kedudukan menjadi 1-2. Semua pemain telah beraksi dengan baik dan kita perlu cuba menang pada perlawanan kedua di Milan nanti,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN