fbpx

‘Tengok Nabil, Azad gembira bina keluarga, bila giliran saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radin ingin membina kerjaya terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

KUALA LUMPUR – Pernah menangguhkan perkahwinan dua tahun lalu, penyampai radio, Radin hanya memohon doa ramai untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya, Azlina Idris.

Berkongsi lanjut, Radin atau nama lengkapnya Radin Amir Affendy, 35, mengakui pernah terdetik bergelar suami segera lebih-lebih lagi melihat rakan penyampainya, Nabil Ahmad dan Azad berbahagia membina keluarga.

“Insya-Allah kita doa yang baik-baik sahaja. Masih dalam perancangan (kahwin) terutama sekarang kerja pagi dengan Nabil dan Azad, fokus lebih kepada kerja.

“Untuk jaga hati banyak pihak iaitu keluarga, soal (kahwin) antara kami yang selesaikan. Kita cuma minta doa dipermudahkan.

“Sudah pasti pada usia saya memang nak ke arah itu (kahwin). Tengok Nabil gembira dengan isteri dan keluarga, sama macam Azad. Saya juga tunggu giliran saya, insya-Allah harapkan yang baik-baik.

Doakan saya, dan saya perlukan doa kalian juga,” katanya kepada Kosmo! Online semasa temu bual eksklusif di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

Bagaimanapun, penyampai radio Era itu mahu memberi tumpuan dahulu kepada kerjaya sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

“Saya tidak menafikan mahu membina keluarga. Memang ada perancangan ke arah itu.

“Bukan nak nafi soal jodoh tetapi tiga tahun (bersama 3 Pagi Era) dianggap masih lagi baru dalam dunia radio dan saya diberi rezeki bergabung dengan dua abang.

“Ada jatuh dan bangun. Apabila benda ini jadi (isu) saya kena fokus terhadap kerja dengan lebih lagi sebab ini salah satu periuk nasi saya,” jelasnya.

Sebelum ini, Radin mendedahkan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada 11 November 2023 terpaksa ditangguhkan kerana keadaan kesihatan kekasihnya yang tidak mengizinkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI