fbpx
ANNUAR (dua dari kanan) menyampaikan bakul makanan kepada sebahagian keluarga berpendapatan rendah di Pangsapuri Putra Damai Blok F, Presint 1, Putrajaya hari ini.

KWP salurkan 1,000 bakul makanan tunai 16 Februari ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,000 bakul makanan berbentuk baucar tunai bernilai RM100 setiap satu dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM100,000 akan diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah di sini mulai 16 Februari depan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, baucar itu boleh ditunaikan di pasar raya AEON Big atau CooP Mart di Presint 16.

“Pengagihan bakul makanan ini akan diselaraskan bersama di antara KWP, PPj dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Semoga melalui sumbangan kecil ini dapat memberi makna yang besar dalam meringankan beban khususnya kepada golongan berpendapatan rendah yang sangat terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sendiri lima  bakul makanan kepada sebahagian keluarga berpendapatan rendah di Pangsapuri Putra Damai Blok F, Presint 1, di sini hari ini.

Annuar berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) menganjurkan Program Penyampaian Bakul Makanan Kenduri Rakyat Putrajaya yang merupakan salah satu program diatur bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Katanya, program inisiatif KWP dan agensi-agensi di bawahnya yang berkonsepkan pengagihan bakul makanan terus ke pintu rumah golongan sasar dengan pematuhan SOP itu julung kalinya diadakan.

“Ia bertepatan dengan tema Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin (WP Wilayah Prihatin) serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membolehkan untuk penganjuran majlis kenduri rakyat secara berhimpun seperti kelaziman bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Menurutnya, komuniti yang memerlukan bantuan bakul makanan itu juga boleh mengisi borang permohonan yang didapati di kaunter Blok A, Kompleks Perbadanan Putrajaya atau dimuat turun di portal ppj.gov.my bermula 8 Februari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN