fbpx

Pemuda tidur tengah jalan demi konten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki tidur di jalan raya yang sibuk di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia. - Instagram

JAKARTA – Perbuatan seorang pemuda tidur di tengah jalan demi kandungan untuk dimuat naik di media sosial mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Pulau Flores dalam wilayah Nusa Tenggara Timur, baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @viralkupang.ntt memaparkan lelaki itu terbaring di atas jalan yang sibuk. 

Situasi bertukar cemas, apabila pengguna jalan raya terpaksa berhenti dan mengelakkan kenderaan mereka daripada melanggar pemuda tersebut  sebelum meneruskan perjalanan. 

Meskipun berulang kali mereka membunyikan hon, pemuda itu tidak bertindak balas atau bergerak. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 76,200 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Konten lebih berharga dari nyawa,” kata seorang netizen. 

“Nanti mati, pemandu pula dipersalahkan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI