fbpx

Kereta langgar 29 motosikal di lorong sempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan sebanyak 29 motosikal dilanggar sebuah kereta Mitsubishi. - IMOU

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sebuah kereta jenama Mitsubishi melanggar 29 buah motosikal yang diletakkan di sebuah kejiranan di wilayah Kalimantan Timur, Indonesia, lapor portal berita Satu.

Kejadian berlaku di daerah Samarinda Ilir, Kota Samarinda semalam.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang disiarkan di platform TikTok oleh akaun @urbanfeed.news, memaparkan kereta jenis Mitsubishi Strada itu dipandu laju di lorong yang sempit.

Ia kemudian merempuh  sejumlah motosikal yang diparkir di hadapan beberapa  rumah.

Seorang penduduk dikenali sebagai Ali berkata, pelanggaran itu berlaku di waktu pagi ketika orang ramai sedang tidur.

“Selain motosikal, kira-kira 10 rumah mengalami kerosakan. 

“Kereta itu ditemukan oleh warga setempat di tepi jalan tetapi tiada orang di dalamnya. Pemandu dan penumpang dipercayai melarikan diri ke dalam hutan,” tambahnya.

Polis sedang giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pelaku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI