fbpx
Antara 50,000 peserta terdiri daripada guru-guru dan ibu bapa yang menyertai program Bicara Guru anjuran UTM bagi membantu pelaksanaan PdPR, baru-baru ini.

UTM anjur seminar bantu guru, ibu bapa laksana PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Peka dengan cabaran dihadapi guru dalam menjayakan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tampil mengadakan program motivasi untuk menyemai pemuafakatan antara guru-guru dan ibu bapa.

Program Bicara Guru yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) itu diadakan secara maya, baru-baru ini.

Program yang pertama kali diadakan itu mendapat sambutan memberangsangkan apabila ditonton sebanyak lebih 50,000 kali, dikongsi lebih 1,000 kali dan mendapat sehingga lebih 5,000 komen.

Pengarah Pusat Akademik dan Pengalaman Pembelajaran (CAEL) UTM, Prof. Dr. Intan Zaurah Mat Darus berkata, tujuan program itu adalah untuk menyelesaikan masalah komuniti sasaran bertepatan dengan norma baharu ekoran pandemik Covid-19.

“Program ini diharap dapat memberi peluang terutama kepada para guru dalam mendepani cabaran mendidik pada ketika ini.

“Selain itu juga, komitmen bersama dan peranan ibu bapa bagi membimbing pelajar supaya terus bersemangat meneruskan pembelajaran perlu dipupuk,” katanya dalam satu kenyataan.

Program Bicara Guru yang bersiaran secara langsung di laman Facebook rasmi JPNJ pada 16 Januari lalu itu telah dirasmikan Pengarah JPNJ, Shaharuddin Saari. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN