PETALING JAYA – Kekecewaan Abby Abadi terhadap bekas suaminya, Norman Hakim yang disifatkan mengabaikan tanggungjawab terhadap tiga anak mereka sejak bercerai semakin berterusan.
Meski tidak menyebut nama, rata-rata netizen membuat andaian individu yang digelar T dalam perkongsian media sosialnya merujuk kepada Norman Hakim.
Menurut Abby, masalahnya dengan Norman masih tidak berkesudahan sejak mereka berpisah sekitar 2008.
“Ini tentang T (Norman) pula, apa kejadian pun ‘play safe’ dan konon selesai sesama sendiri tapi masalahnya tak pernah cuba nak selesaikan pun.
“Hal dengan saya, apa yang tertunggak? Memang terabai terus. Tapi yang saya geram dan marah sangat, hak anak-anak dengan dia ini (Norman) ambil mudah sahaja semua. Sejak anak kecil sampai dah besar. Tak adil langsung.
“Sejak bercerai, makan, pakai dan tempat tinggal semua tak peduli. Dari tak berduit sampai dah kaya,” katanya dalam aplikasi Thread.
Dalam masa sama, dia menegaskan tiga anaknya tidak mengetahui sebarang isu yang berlaku antara dia dengan Norman selama ini.
“Anak-anak semua memang jenis tidak tahu apa sebab tak diajar pun tentang hak mereka yang sepatutnya.
“Saya ini yang orang kata macam-macam ini tak pernah sekali pun ajar anak-anak meminta hak mereka. Jadi pada anak-anak tiada isu,” jelasnya.
Tambah Abby, dia menanti respons daripada bekas suaminya berhubung isu hal san berkaitan anak mereka ketika ini iaitu Marissa Dania Hakim
“Si T baik sahaja sebab rajin peluk cium tapi saya sebagai ibu, rasanya perlu minta hak mereka yang susah tertangguh sekian lama. Tak apalah tidak mahu sebut di sini.
“Saya bagi si T itu respons dulu. Tengok dia bunyi ke tak kali ini.
“Dulu tak apa, saya biarkan sahaja. Sekarang sudah kayakan?” jelasnya.
Ketika ini, nama Abby menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial susulan isu berkaitan Marissa dan suaminya, Aslam. – KOSMO! ONLINE