fbpx
Ismail menunjukkan pucuk nipah untuk dijadikan rokok daun di Kampung Wakaf Kubur, Besut semalam.

‘Dapatlah RM800 seminggu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang lelaki warga emas terus gigih meneruskan tradisi menghasilkan rokok daun diperbuat daripada pucuk nipah yang diusahakannya sejak 30 tahun lalu.

Ismail Awang Besar, 73, berkata, biarpun rokok daun kini kebanyakannya hanya popular dalam kalangan generasi lama, produk itu masih boleh memberinya pendapatan kira-kira RM800 seminggu.

“Dahulu sewaktu muda, saya sendiri akan mencari pucuk nipah di kawasan tebing sungai dan paya bakau di sekitar daerah ini dan sekitar.

“Begitupun sekarang sudah tidak larat berikutan kudrat sudah berkurangan atas faktor usia, saya hanya mengambil pucuk nipah daripada pembekal di Setiu,” katanya ketika ditemui di Kampung Wakaf Kubur di sini semalam.

Ismail berkata, proses pembuatan rokok daun bermula de­ngan menyiat pucuk nipah kepada dua bahagian.

Dia berkata, pucuk nipah ter­babit kemudiannnya akan dijemur di bawah pancaran matahari selama sekurang-kurangnya lima jam.

“Pucuk nipah perlu benar-benar kering agar ia dapat tahan lama dan tidak mudah berkulat.

“Sesudah kering, ia akan dipotong mengikut ukuran ditetapkan sebelum dibungkus untuk dipasarkan,” katanya.

Ismail berkata, dia biasanya mampu memproses kira-kira 10,000 batang rokok daun setiap minggu.

Katanya, rokok daun itu dihantar ke kedai runcit sekitar daerah ini dan di seluruh negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN