fbpx

Rumah terbuka Aidilfitri Madani Selangor dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster pembatalan majlis terbabit.

SHAH ALAM – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Selangor yang dijadualkan berlangsung esok, dibatalkan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan ini diambil kira bagi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dengan insiden di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini.

Katanya, pembatalan majlis itu juga selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Segala persiapan seperti makanan akan disalurkan kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) , rumah anak anak yatim, sekolah berasrama serta petugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan perancangan, majlis itu akan berlangsung di Dataran Kawad Akademi Pencukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Seksyen 15, Bandar Baru Bangi dekat sini.

Justeru, Amirudin mewakili seluruh warga Kerajaan Negeri memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul demi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dengan insiden di Putra Heights.

“Saya menzahirkan penghargaan buat seluruh pasukan petugas dan pelaksana majlis yang bertungkus lumus memastikan kejayaan majlis itu.

“Namun saya sangat menghargai persefahaman bersama demi maslahah yang lebih utama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI