GOPENG – Secara purata seramai 20 kanak-kanak dan remaja berumur lapan hingga 17 tahun menghuni Pondok Al-Jaafar di sini setiap tahun ekoran dibuang keluarga, perceraian ibu bapa serta faktor kewangan. Pengasasnya, Mohd. Tarudi Bahari, 71, berkata, kebanyakan kes yang beliau hadapi, ibu bapa kepada kanak-kanak dan remaja tersebut berjanji untuk mengambil anak-anak mereka selepas beberapa tempoh tetapi itu sekadar janji kosong. “Sama ada ibu atau bapa yang menghantar anak mereka ke sini kerana beberapa faktor terutamanya perceraian berjanji akan mengambil……