fbpx
NAZILL Mahmood (kiri) ketika melakukan tinjauan udara menggunakan helikopter Agusta Westland 189 di kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bihai, di Gua Musang.

Tiada anggota Unit Udara Bomba dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seramai 173 anggota Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berkhidmat di tiga pangkalan udara seluruh negara bebas jangkitan Covid-19.

Pengarah Unit Udara JBPM, Nazili Mahmood berkata, ini kerana anggota Unit Udara JBPM mengamalkan langkah pencegahan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) semasa melakukan misi bantuan bencana banjir atau operasi di kawasan pedalaman.

Katanya, jumlah keseluruhan anggota unit itu melibatkan seramai 27 juruterbang, 52 Kuartermaster Udara (AQM) dan 45 Pasukan Khas Udara Bomba (Paskub) secara bergilir-gilir akan digerakkan untuk melaksanakan operasi.

“Setakat hari ini, masih tiada anggota kita yang bertugas dijangkiti Covid-19 kerana kita sentiasa memberi perhatian serius kepada keselamatan kapal, penumpang dan juga anak kapal yang melaksanakan operasi.

“Kita bersyukur apabila anggota di Pangkalan Udara Subang, Selangor ; Pangkalan Bertam, Pulau Pinang dan Pangkalan Udara Miri, Sarawak masih bebas wabak Covid-19,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas membuat tinjauan udara menggunakan helikopter Agusta Westland 189 milik Unit Udara JBPM di kawasan perkampungan Orang Asli di Pos Bihai di sini hari ini.

Sementara itu, Nazili berkata, ketika musim tengkujuh baru-baru ini, Unit Udara JBPM telah memberi komitmen penuh apabila sebanyak lima buah helikopter telah digerakkan ke seluruh negara untuk melaksanakan misi bantuan.

Katanya, penerbangan itu melibatkan penghantaran bantuan keperluan dan makanan di negeri terjejas seperti Pahang, Johor dan Kelantan.

“Kita berharap anggota Unit Udara JBPM tidak lalai dan mengikut SOP yang ditetapkan semasa melakukan tugas,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI