fbpx
ROHANI memberitahu, dia mencium baju terakhir yang dipakai arwah anaknya, Muhammad Aswari pada setiap hari kerana terlalu rindu ketika ditemui di Taman AST di Seremban semalam.

‘Sampai mati saya tak akan maafkan mereka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Ibu salah seorang mangsa kemalangan maut di Persiaran Senawang 1 di sini Khamis lalu tidak menerima maaf pelaku dan keluarganya selain menegaskan hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa.

Rohani Ab. Ghani, 46, berkata, dia hampir gila mengenangkan kejadian itu apatah lagi arwah anak bongsunya, Muhammad Aswari Lotpi, 16, tidak pernah menyusahkannya.

Katanya, dia tidak akan maafkan pelaku yang menyebabkan anaknya mati dan menganggap Muhammad Aswari dibunuh.

“Saya tak boleh terima (permohonan maaf keluarga), itu anak saya. Pedihnya hati sebab dia sangat rapat dengan saya, berkawan macam mana pun dia rapat dengan mama dia.

“Tak sangka dia pergi macam tu tinggalkan saya. Sampai mati saya takkan maafkan. Nyawa dibayar nyawa. Banyak mana duit pun saya tak terima. Allahu­akbar,” katanya ketika ditemui di Taman AST di sini semalam.

Sabtu lalu, Kosmo! melaporkan Muhammad Aswari meninggal dunia apabila motosikal yang dia tunggang dirempuh kereta Honda Jazz pada pukul 8.30 malam di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Persiaran Senawang 1, di sini.

KEADAAN motosikal mangsa yang terlibat dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan termasuk kereta di Seremban baru-baru ini.

Turut terkorban Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, yang menunggang motosikal Modenas Kriss, manakala adiknya, Muhammad Asraf Adha parah.

Pemandu kereta, Muhammad Aidid Nuqman Norizan, 18, serta penumpang, Muhammad Ameer Ikhwan Mohd Azril, 17, cedera parah. Seorang lagi penunggang yang turut dirempuh,

Aisar Azim Abdullah, 17, cedera di bahagian kepala, muka dan dada.

Menurut Rohani, anaknya keluar rumah pada pukul 3.30 petang untuk berbuka bersama kawan sebelum dia dimaklumkan yang anaknya kemalangan pada pukul 8 malam.

“Anak saya dibawa ke hospital ketika saya tiba dan saya pengsan. Saya janji mahu bawa dia beli baju raya.

“Arwah sangat baik kerana memahami keadaan diri saya yang merupakan ibu tunggal dan orang susah. Kenapa saya perlu hadapi cabaran kematian anak?” katanya sambil menangis.

Dia turut mencium baju ter­akhir yang dipakai arwah pada hari kejadian.

“Setiap hari saya cium dan peluk baju itu sebab saya mahu tidur dan peluk dia. Hiba hati saya ingatkan dia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN