fbpx

Impian buruh ladang miliki rumah sendiri menjelang Aidilfitri jadi kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAIMAN dan isteri, Siti Umairah terharu selepas menerima kunci kediaman baharu daripada Ahmad Zahid pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Wilayah di Masjid Ar-Rahman, Kampung Rantau Panjang, semalam. - Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!

ALOR GAJAH – Ramadan kali ini menjadi detik paling bermakna buat Noraiman Norizan, 29, apabila impiannya untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai selepas lebih empat tahun menunggu.

Lebih istimewa, kunci kediaman bernilai RM78,000 itu diserahkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Rantau Panjang, di sini, malam tadi.

Paling menggembirakan, rumah yang terletak di Kampung Ayer Limau, Jalan Tanah Wakaf itu siap dibina dalam masa tiga bulan membolehkan mereka menyambut Aidilfitri di kediaman baharu bersama anak sulung berusia tiga tahun serta bayi yang bakal dilahirkan November ini.

“Empat tahun kami menanti, akhirnya impian menjadi kenyataan. Lebih bermakna, Ramadan kali ini kami sudah ada rumah sendiri selepas sekian lama menyewa di Kampung Pinang dengan kadar RM400 sebulan.

“Saya bersyukur kerana selepas ini tidak perlu lagi fikir tentang bayaran sewa rumah. Dengan gaji sebagai pekerja ladang sawit yang tidak menentu, perbelanjaan sekeluarga lebih terkawal,” katanya.

Tambahnya, rumah tiga bilik itu dibina di atas tanah pusaka miliknya di Kampung Ayer Limau, Jalan Tanah Wakaf.

“Saya bekerja sebagai buruh, manakala isteri, Siti Umairah Ajis pula suri rumah. Sudah lama kami memasang impian untuk memiliki rumah sendiri, tetapi keadaan kewangan yang terbatas menghalang kami merealisasikannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI