fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, ribut petir landa 6 negeri hingga lewat malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan cuaca buruk di enam negeri malam ini.

Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 11 malam nanti.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Perak membabitkan daerah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim.

“Selain itu, di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong.

“Di Selangor pula, cuaca buruk malam ini dijangka tertumpu sekitar Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat,” kata MetMalaysia.

Sementara itu, MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir bakal berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban), manakala bagi negeri Sarawak ia berisiko melanda Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.

“Di Sabah, hujan lebat pada malam ini dijangka melanda kawasan Pedalaman (Sipitang),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN