fbpx
Gambar hiasan

Empat ah long ‘terkantoi’ di SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Empat penjenayah disyaki kumpulan ah long ditahan ketika melalui satu sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini dengan menaiki sebuah kereta semalam.

Keempat-empat lelaki berusia lingkungan 25 hingga 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, siasatan awal mendapati kesemua mereka terlibat dalam satu kes ugutan untuk mencederakan seorang pekerja swasta sebelum ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan lelaki berusia 31 tahun itu, sebelum ini dia pernah membuat pinjaman dengan sebuah syarikat pinjaman peribadi dan sebuah koperasi sekitar tahun 2012 dan 2016.

“Pada tahun 2012, pengadu telah membuat pinjaman dari sebuah syarikat pinjaman peribadi dipercayai berlesen berjumlah RM500, bagaimanapun dia dikehendaki membuat bayaran balik RM1,500 setiap bulan selama setahun.

“Mangsa telah membatalkan penggunaan kad ATM yang dipegang oleh syarikat terbabit kerana dipercayai bayaran yang dibuat telah melebihi pinjamannya,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, mangsa kemudiannya telah membuat satu lagi pinjaman daripada sebuah koperasi melalui media sosial pada tahun 2016.

Bagaimanapun, mangsa sekali lagi terjebak dengan kumpulan sama apabila dia sekali lagi dibawa ke syarikat berkenaan oleh dua lelaki yang menyamar sebagai anggota koperasi.

“Mangsa dikatakan masih mempunyai hutang sebanyak RM8,000 dengan pinjaman sebelum ini dan kumpulan ahlong terbabit telah mengugut untuk mencederakan mangsa,” katanya.

Mengulas mengenai tangkapan itu, Nik Ezanee berkata, seorang suspek kini direman selama empat hari dan tiga lagi suspek di reman selama tiga hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Berlesen 1952.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI