fbpx

Lelaki tampar isteri ekoran lambat selepas beli nasi ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khlayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, baru-baru ini.

SEPANG – Berang kerana isteri lambat tiba selepas membeli nasi ayam dikatakan punca seorang lelaki menampar isterinya di pintu masuk sebuah pasar raya di Kota Warisan, di sini baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

“Punca tampar (sebab) isteri lambat keluar ‘mall’ (pasar raya) selepas beli nasi ayam,” katanya ringkas.

Menurut Norhizam, suspek yang sebelum ini gagal dikesan selama enam hari selepas laporan polis dibuat terhadapnya dipercayai bersembunyi di dalam kereta sepanjang tempoh tersebut.

Jelasnya, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting pada pagi ini bagi tujuan permohonan reman,” katanya.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan polis menahan seorang lelaki di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan selepas enam hari menghilangkan diri.

Sebelum ini, lelaki itu diburu polis susulan rakaman video tular memaparkan dia menampar isterinya di khalayak ramai di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Kota Warisan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI