fbpx
Kekecohan berlaku di lokasi kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motsikal selepas beberapa orang awam mendakwa anggota URB menendang motosikal mangsa di Tanjung Tokong, George Town semalam.

Polis siasat hantaran Facebook, WhatsApp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis menjalankan siasatan terhadap hantaran di media sosial berhubung kejadian kemalangan jalan raya di persimpangan jalan raya di Tanjung Tokong di sini semalam yang menimbulkan kekecohan dan tular apabila terdapat dakwaan motosikal mangsa ditendang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menyiasat hantaran di Facebook dan WhatsApp yang didapati tidak tepat dan berbaur fitnah sehingga menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ia akan disiasat di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 017-9272027 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Soffian berkata, dua daripada tujuh lelaki berusia 23 hingga 45 tahun yang ditahan ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjung Tokong hari ini yang dijangka direman di Mahkamah Majistret di sini esok didapati positif ganja.

“Dua daripada suspek masing-masing memiliki lima dan tiga rekod lampau berkaitan dadah dan ujian sringan air kencing mendapati dua positif ganja.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini akan diteruskan termasuk melakukan tangkapan susulan terhadap suspek-suspek lain yang dikenal pasti,” katanya.

Terdahulu Kosmo! Online hari ini melaporkan polis menahan tujuh lelaki yang disyaki mengepung dan menghalang tugas polis dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong di sini kira-kira pukul 5.20 petang semalam.

Kumpulan lelaki itu dipercayai turut mendakwa anggota polis menendang motosikal dinaiki dua lelaki sehingga menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

Siasatan polis bagaimanapun mendapati mereka melarikan diri selepas diarahkan berhenti kerana tidak memakai topi keledar sebelum melanggar sebuah kereta dalam kemalangan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN