fbpx
Irdina lebih suka berpakaian biasa dan tidak terlalu menonjol.

Irdina boleh hidup tanpa internet tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Di zaman moden ini, tidak ramai remaja dan orang muda yang boleh hidup tanpa internet waima dalam sehari, namun bagi Nur Irdina Mohd. Khazaie, dia tiada masalah sekiranya tiada kemudahan itu.

Nur Irdina, 22, pernah hidup tanpa internet selama tiga hari ketika mengikuti perkhemahan bersama rakan-rakannya di sebuah hutan beberapa tahun lalu.

Penuntut Management and Science University (MSU) itu berpendapat, sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan remaja pada masa kini selain membuang masa melayari media sosial 24 jam sehari.

Kepada Kosmo! Ahad, wanita berzodiak Gemini itu berkongsi aktiviti yang diminatinya, selain tentang dirinya serta peran­ca­ngan masa depan.

KOSMO! AHAD: Boleh kongsi personaliti anda?
Irdina: Saya seorang periang dan suka berkomunikasi. Saya bercakap dengan sesiapa sahaja tanpa masalah, namun masih berhati-hati takut ada yang ambil kesempatan. Saya suka belajar benda baharu untuk tambah pengetahuan diri.

Pendapat Irdina tentang generasi masa kini?
Generasi seperti saya suka berkomunikasi, namun mungkin ambil masa sedikit untuk berkomunikasi dengan orang lebih tua daripada mereka. Bukan mereka sombong, tetapi rasa hormat kepada orang yang lebih berusia membuatkan mereka ambil masa untuk bermesra.

Dalam bidang fesyen, Irdina meminati pempengaruh Sofea Shra dan Myra Zainal.

Apakah pelan jangka pendek dan panjang anda?
Untuk jangka pendek, selepas habis belajar, saya hendak kerja sebagai pegawai perhubungan awam di mana-mana syarikat untuk menimba pe­ngalaman bekerja seba­nyak mungkin.
Bagi jangka panjang pula, saya mahu jadi pensyarah dalam pe­ngajian media massa kerana saya suka me­ngajar. Harap ia dapat direa­lisasikan.

Adakah Irdina suka berfesyen?
Suka juga, tetapi saya lebih suka pakai­an yang biasa dan tidak terlalu menonjol. Baju yang paling mahal saya beli pun berharga RM300 sahaja. Kebanyakan pakaian saya beli secara online sahaja.

Siapakah pempengaruh yang anda minati?
Pempengaruh yang saya minat dalam berfesyen adalah Sofea Shra dan Myra Zainal. Mereka nampak elegan dalam memakai apa-apa sahaja pakaian.

Pada masa lapang, apakah hobi Irdina?
Saya suka baca novel. Saya boleh duduk baca novel sehingga separuh hari di dalam bilik kalau ada masa terluang yang panjang. Saya ada ratusan novel yang dibeli sejak sekolah menengah.
Bagaimanapun, sekarang tidak sempat untuk baca novel kerana sibuk dengan kuliah dan tugasan pengajian yang perlu dibuat untuk semester ini.

Siapa penulis novel diminati?
Di Malaysia, saya minat Norhafsah Hamid kerana beliau menulis buku yang banyak me­ngajar saya mengenai realiti kehidupan serta mengajar saya untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Colleen Hoover pula ada penulis luar negara yang saya minat kerana beliau menulis pelbagai genre novel seperti novel cinta, kehidupan, bukan fiksyen dan lain-lain lagi.

Selain itu, apakah lagi akti­viti yang anda suka?
Saya gemar buat Vlog aktiviti dengan kawan-kawan, bercuti bersama keluarga dan riadah. Saya mula buat Vlog ketika pandemik sebab waktu itu banyak masa terluang.
Ada video Vlog yang dikongsi kepada umum, ada yang simpan untuk tontonan saya sahaja. Tidak semua benda yang boleh dikongsi kepada umum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN