fbpx
LZS sentiasa menjadikan pendidikan sebagai asas untuk keluarga asnaf kembali bangkit mengubah nasib keluarga. – Gambar hiasan

Zakat Selangor taja 7,160 pelajar keluarga asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mendedahkan telah menaja 7,160 pelajar terdiri daripada keluarga asnaf ke institusi pengajian tinggi dan institut latihan kemahiran untuk memperkasakan pendidikan sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, selain itu, 2,061 pelajar asnaf tajaan mereka berjaya memperoleh 5A ke atas bagi Sijil Pelajaran Malaysia.

Mohd. Sabirin

Katanya, pembangunan pendidikan generasi kedua keluarga asnaf merupakan antara program yang diperkasakan untuk mengembangkan potensi sedia ada.

“Matlamatnya untuk membantu bukan sahaja untuk mereka berdikari tetapi hingga mampu menjadi penyumbang semula kepada kitaran kutipan zakat.

“Ia bukti LZS komited me­laksanakan amanah masyarakat Islam serta inspirasi untuk visi lebih besar dan inovasi mampan demi kesejahteraan ummah,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Asnaf Cemerlang LZS 2024 baru-baru ini.

Menurut Mohd. Sabirin, asnaf yang produktif akan melalui proses membangunkan keupayaan kendiri menerusi program-program yang telah disediakan untuk mereka yang berpotensi mengikut kecende­rungan masing-masing.

Tambahnya, kejayaan itu akan meningkatkan sosioekonomi keluarga sehingga keluar dari ka­tegori asnaf.

Dalam perkembangan berlai­nan, Mohd. Sabirin memaklumkan LZS menerima Anugerah Emas Pembentang dan Juara Projek Terbaik daripada Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Keselamatan Sosial menerusi Inisiatif Kerjaya Asnaf.

“Anugerah di peringkat kebangsaan ini merupakan pengiktirafan kepada usaha LZS dalam menyediakan platform bagi membantu asnaf memperoleh latihan kemahiran mewujudkan peluang pekerjaan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN