fbpx
Mohamad Ariffi (kiri) melayan pelanggan yang mengunjungi gerai keropok dan makanan tradisionalnya di Pasar Payang 2, Kuala Terengganu semalam.

Pengunjung ramai tetapi jualan merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Jualan harian peniaga Pasar Besar Kedai Payang di sini, merosot lebih 50 peratus biarpun pusat sehenti produk makanan dan kraf tangan Terengganu itu kembali menjadi tumpuan ramai pada musim cuti persekolahan bermula Jumaat lalu.

Seorang peniaga, Siti Nur Hidayah Che Mamat Rosli, 29, mendakwa, purata jualan hariannya sepanjang tiga hari pertama cuti persekolahan kali ini kurang RM1,000 berbanding kebiasaannya lebih RM2,000 sebelum ini.

“Pasar Payang 2 yang menempatkan gerai produk makanan tradisional kembali meriah de­ngan pengunjung.

“Begitupun jika dahulu kita mudah peroleh jualan harian le­bih RM2,000, namun setakat tiga hari ini, nak capai RM1,000 pun susah,” katanya di Pasar Pa­yang 2 di sini semalam.

Siti Nur Hidayah percaya pengasin­gan peniaga kepada dua kompleks berasingan sejak Ogos lalu antara faktor tumpuan pe­ngunjung berpecah dua.

Pasar Besar Kedai Payang terbahagi dua kompleks iaitu Pasar Payang 2 dan Payang 1.

Dia memberitahu, faktor masa dan cuaca hujan juga menyebabkan pengunjung memilih hanya mengunjungi salah satu kompleks.

“Mereka akan pilih sama ada pergi kompleks Payang 1 untuk mendapatkan produk kraf, batik, sutera, songket, barang kemas dan cenderamata atau membeli produk makanan serta barangan basah di Pasar Payang 2,” kata­nya.

Mohamad Ariffi Azis, 39, pula mengambil inisiatif menjual barang melalui Facebook, Tik Tok dan Instagram untuk meningkatkan lagi jualan keropok keping dan makanan tradisionalnya.

Katanya, dia sedar tidak boleh lagi terlalu bergantung kepada premis fizikal demi kelangsu­ngan perniagaannya.

“Alhamdulillah inisiatif ini dapat menarik tambahan pelanggan terutama dari luar Terengganu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN