fbpx

Miri banjir, Faye Kusairi bimbang bapa keseorangan di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAYE KUSAIRI

PETALING JAYA – Pelakon Faye Kusairi melahirkan kebimbangan selepas rumahnya di kampung halaman di Miri, Sarawak mula ditenggelami banjir berikutan hujan lebat yang turun tanpa henti sejak semalam.

Beberapa keping foto yang dimuat naik pelakon itu dalam Instagram menunjukkan keadaan di sekitar rumahnya telah dinaiki air.

Dalam perkongsian tersebut, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 34, juga meluahkan rasa bimbang memikirkan bapanya yang tinggal keseorangan di kampung.

“Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) dan malam tadi air pasang besar serta hujan lebat tak berhenti di Miri. Rumah kami di Lutong terjejas dan bapa saya seorang diri di sana,” ujarnya.

Faye yang kini dalam proses rawatan pemulihan selepas diserang Bell’s Palsy pada awal Disember lalu  juga runsing apabila tidak dapat pulang ke kampung kerana tiada penerbangan ketika ini.

“Mudah-mudahan hujan berhenti dan air surut tidak lama lagi. Tiada penerbangan dalam waktu terdekat untuk pulang. Lagi pula kes Covid-19 tengah naik, banjir lagi.

“Semoga hujan berhenti. Susah hati memikirkan bapa sekarang seorang diri di sana dengan keadaan banjir semakin naik. Bertabahlah. Memang benar-benar mencabar mental dan emosi saya waktu-waktu begini,” katanya.

Pada masa sama, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu turut menasihati penduduk di Miri untuk menjaga keselamatan diri masing-masing.

“Kepada mereka yang terjejas di Miri, jaga diri anda. Sesiapa yang tinggal berdekatan dengan sungai Lutong, awasi diri anda juga. Sungai itu ada buaya ya. Hati-hati okey,” kata Faye yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada 13 Disember lalu. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI