fbpx
Anwar menerima penghormatan kawalan kehormat ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh, Arab Saudi hari ini

Anwar bawa mandat dan suara rakyat Malaysia pada Sidang Kemuncak Arab- Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam hari ini.

Menurut Anwar, beliau akan membawa mandat dan suara rakyat Malaysia berhubung serangan dan kekejaman berterusan rejim Zionis Israel ke atas warga Palestin dan Lubnan.

“Usai Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam, saya akan kembali semula ke Kaherah bagi menyambung beberapa rencana yang telah disusun awal bersama delegasi Malaysia dan Mesir.

“Doakan usaha Malaysia dipermudahkan demi saudara kita yang sedang ditindas, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, ketibaan Perdana Menteri disambut Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh serta Datuk Bandar Wilayah Riyadh.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Perdana Menteri menerima penghormatan kawalan kehormat sebagai sambutan rasmi kedatangannya.

Perdana Menteri akan membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin dan menyampaikan suara serta harapan negara di pentas antarabangsa dalam sidang kemuncak ini yang juga akan membincangkan isu-isu kritikal melibatkan negara-negara Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN