fbpx
Polis tiba di tebing Sungai Rek, Kuala Krai untuk mengesahkan identiti penemuan mayat seorang wanita warga emas semalam.

Mayat warga emas ditemui tersangkut pada duri rotan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Mayat seorang wanita warga emas warga Thailand yang dikhuatiri lemas pada minggu lalu ditemui tersangkut pada duri rotan di Sungai Rek di sini semalam.

Mangsa, Miss Maeyoh Beeru, 59, ditemui dalam keadaan terapung oleh seorang penduduk berdekatan Chalet Laloh di sini kira-kira pukul 10.05 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dilaporkan hilang pada Sabtu lalu ketika sedang berjalan kaki pulang ke rumahnya dari kedai runcit.

Menurutnya, mangsa dipercayai mengharung sungai itu sebelum dihayutkan arus deras sungai sedalam satu meter.

“Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Setambun dekat Laloh, selepas membeli barang keperluan di sebuah runcit di seberang sungai berkenaan.

“Selepas hampir seminggu kehilangan mangsa, kita menerima laporan mengenai penemuan mayat di kawasan itu pada pukul 11 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN