fbpx

Dua tahun hidup bermadu, Ziela jaga hati banyak pihak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIELA bersama suaminya, Datuk Syed Osman.

PETALING JAYA – Hampir dua tahun menyimpan rahsia hidup bermadu, penerbit yang juga pelakon terkenal, Datuk Ziela Jalil mengakui terpaksa berbuat demikian kerana mahu menjaga hati banyak pihak.

Katanya, beliau sudah lama memasang niat berkongsi berita gembira tersebut kepada rakan media. Bagaimanapun, selain mencari masa yang sesuai, sebagai isteri kedua, beliau perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga isteri pertama.

“Saya terkejut dan sedikit ralat apabila gadis berkenaan terlebih dahulu mendedahkan perkara ini kepada umum dalam Twitter. Pun begitu, saya ambil positif dengan tindakannya sebagai satu isyarat menandakan sudah sampai masa saya berkongsi berita ini kepada umum.”

“Mungkin tindakannya juga bermakna mereka sudah bersedia berdepan dengan pelbagai kemungkinan serta tanggapan masyarakat sebaik sahaja perkara inj menjadi tatapan umum,” kata pemilik nama sebenar Norzilah Abdul Jalil, 51, itu ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Perkongsian cerita pernikahan kali kedua dilakukan Ziela selepas tular dalam media sosial mengenai ciapan seorang gadis yang mendakwa wanita itu menikahi bapanya sebagai isteri kedua.

Ujar Ziela, pada permulaannya, beliau cuba merahsiakan perkahwinan daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka dan enggan mereka berasa seolah-olah sudah melupakan bapa mereka.

“Tetapi, saya sering tegaskan, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat bapa mereka kerana dua lelaki ini berbeza.

“Mungkin sebelum ini saya sering mengatakan yang tidak akan berkahwin lagi, namun siapalah saya untuk menidakkan ketentuan Ilahi,” tuturnya.

Ziela mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Datuk Syed Osman Al Habshee yang juga Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud pada 17 Februari 2019 selepas lima minggu berkenalan.

Terdahulu, Ziela pernah berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dan dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

Ziela turut mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI