fbpx
Isteri Adi sentiasa memberi alasan dan tidak pernah sekali pun ikutinya pulang ke kampung ibu Adi di Kerinci, Jambi, Sumatera, Indonesia sepanjang 10 tahun perkahwinan. – Gambar hiasan

K2

Cerai isteri ‘liat’ balik kampung suami di Kerinci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGGILIRAN pulang ke kampung suami atau isteri biasanya dilakukan secara adil terutama ketika musim perayaan bagi mengelakkan salah faham.

Bagaimanapun, bagi mereka yang berlatar belakang berlainan negara, penggiliran itu mungkin menjadi lebih sukar dan ada yang terpaksa makan hati. Ada juga hubungan perkahwinan yang terjalin bertahun-tahun karam di tengah lautan hanya disebabkan permasalahan sebegini.

Bagi Adi (bukan nama sebenar), dia yang mempunyai latar belakang keluarga campuran darah Malaysia dan Indonesia beruntung kerana dikurniakan seorang isteri berasal dari utara tanah air, Kedah.

“Ayah saya berasal dari Malaysia, manakala ibu pula dari Kerinci, Sumatera, Indonesia. Ibu kenal dengan arwah ayah saya ketika dia berusia 18 tahun dan bekerja di sini (Malaysia).

“Ketika saya berusia 10 tahun, ibu dan bapa bercerai dan membawa haluan hidup mereka. Ibu mengambil keputusan untuk terus menetap di Indonesia dan sejak itu saya yang tinggal bersama bapa terpisah jauh dengannya,” katanya membuka bicara bersama K2.

Meneruskan cerita, Adi memberitahu, dia tinggal bersama bapanya dan tiga lagi adik-beradik di Kuala Lumpur tanpa ibu dan hanya pernah sekali menziarahi ibunya di Indonesia.

Selang beberapa tahun selepas menamatkan pengajian dan bekerja, Adi bertemu jodoh dengan kekasih hatinya yang kemudian menjadi isterinya ketika mereka sama-sama menuntut di menara gading.

Suasana permai di Kerinci yang terletak dalam wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia.

Ujarnya, sejak bernikah dengan Mas (bukan nama sebenar), tidak pernah sekali pun isterinya itu mahu ikut pulang menziarahi ibu kandungnya di seberang.

“Jangan kata Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, cuti dan hari biasa pun dia tak pernah nak ikut saya balik ke kampung halaman ibu di Kerinci.

“Alasan diberikan sama saja iaitu jauh dan memenatkan kerana terpaksa menempuh perjalanan darat selama 10 jam dari lapangan terbang Padang ke Kerinci.

“Saya pula sudah ketiadaan ayah di Kuala Lumpur. Maka, setiap tahun memang saya akan ikut isteri pulang ke Kedah. Ibu saya sakit terlantar di hospital pun, isteri enggan untuk pulang ke kampung menziarahi.

“Bila saya mahu bawa tiga anak kami pulang bersama ke Indonesia, isteri tidak izinkan kerana gusar anak jatuh sakit kerana perjalanan yang begitu jauh dan rindukan anak. Paling buat saya berang apabila dia marah saya pulang ke kampung halaman ibu lebih tiga hari.

“Dia sendiri tahu Kerinci itu bukan dekat. Perjalanan pergi dan balik pun sudah hampir sehari,” katanya.

Jelas Adi yang merupakan pekerja swasta di sebuah syarikat pemasaran terkemuka, kesabarannya kadangkala betul-betul teruji disebabkan perangai isterinya yang semakin menjadi-jadi sepanjang 10 tahun perkahwinan.

Terangnya, dia berbuat demikian kerana masih mempunyai ibu kandung di dunia ini dan mahu menggembirakan syurganya itu kerana terlalu rindu akibat sudah lama terpisah. Sudahlah ketika bersama bapa dulu pun jarang sekali pulang menziarahi ibu.

“Sedekad menahan sabar, saya nekad ambil keputusan untuk tinggalkan isteri dengan menceraikannya.

“Bagi saya, ibu adalah segalanya dalam hidup ini dan selagi diberikan kesempatan, biarlah kami tetap bersama,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN