fbpx
Pak Akob sebak ketika disantuni sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan di kediaman anaknya di Kampung Legong, Rembau semalam.

Pak Akob saksi tragedi berdarah Kalabakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Kesukaran untuk bertutur dengan jelas akibat masalah kesihatan tidak menghalang seorang veteran perang, Koperal Yaakob Ngah, anak jati daerah ini untuk menceritakan detik-detik peristiwa berdarah Kalabakan pada 29 Di­sember 1963.

Beliau yang berusia 86 tahun, disantuni oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) Cawangan Kota serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan di kediaman anaknya di Kampung Legong, di sini semalam.

Kata Yaakob atau lebih mesra dipanggil Pak Akob, ketika kejadian dia berada di dalam rumah dan dikejutkan dengan serangan tentera dari negara jiran membabitkan sebuah rumah lain yang terletak berhampiran sempadan.

“Masa tu baru lepas solat isyak, hujung tahun 1963. Rumah atas ditembak, siapa sahaja turun tangga akan ditembak. Dalam kejadian itu lapan mati dan 18 cedera. Saya duduk di rumah sebelah.

“Rumah yang kena tembak bersempadan dengan rumah orang kampung. Malam itu, bukan hanya tentera sahaja di­serang, polis juga diserang sampailah pukul 3 pagi (sebelum bantuan tiba).

“Allahuakbar, sebak bila saya ingat, sedih sangat kenangkan rakan-rakan yang terkorban dalam peristiwa ini lebih-lebih lagi masa itu baharu sahaja dimasyurkan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963,” ceritanya.

Pak Akob kini mempunyai masalah pendengaran serta pertuturan tidak jelas, dijaga anaknya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan, Mejar Muhammad Zarifi Tumin berkata, Pak Akob salah seorang daripada 27,953 veteran tentera yang berdaftar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN