Jika masih ingat pada tahun ini, ramai ibu bapa terpaksa memilih sama ada mahu membeli baju raya atau baju sekolah untuk anak-anak mereka.
Perkara itu berlaku kerana tarikh permulaan sesi persekolahan pada 17 Februari, selang dua hari dengan 1 Ramadan.
Sebulan kemudian umat Islam menyambut Aidilfitri pula, memang ‘berpeluh’ juga sebahagian besar ibu bapa apabila terpaksa memilih untuk membeli kasut sekolah atau kasut raya ketika itu.
Ada yang terpaksa pakai baju sekolah lama pada sesi persekolahan baharu itu bagi memberi laluan kepada pembelian baju raya.
Pada ketika itu, kita sudah rasa kepayahan untuk menyediakan keperluan raya dan persekolahan anak serentak, nampaknya tahun depan lagi sukar nampaknya.
Jika tidak berjimat dari sekarang memang kita kena pakai baju tahun lepas atau tidak balik rayalah jawabnya.
Perkara itu berlaku apabila sesi baharu persekolahan 2025/2026 akan dibuka pada 17 Februari 2025, manakala 1 Ramadan dijangka jatuh pada 2 Mac dan Aidiladha 31 Mac.
Nampaknya 1 Ramadan dan 1 Syawal akan jatuh pada bulan yang sama memang agak kritikal untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai.
Bulan Februari sediakan kelengkapan sekolah, manakala Mac untuk puasa dan raya pula.
Jangan dilupa gaji pada 25 Februari 2025 itu perlu digunakan dengan sebaik mungkin dan terutama ketika berbuka puasa.
Selain membeli baju sekolah, ibu bapa juga perlu sediakan duit untuk yuran sekolah agama dan pembayaran pembelian buku dan seumpamanya.
Kalau tidak cecah RM1,000 memang tidak sah tambahan pula bagi anak lebih seorang.
Apa kata tahun depan kita bersama-sama imarahkan masjid supaya kita boleh menambahkan pahala dan beribadat di samping dapat berjimat juga. Apa yang penting kena ikhlas.
Hari-hari berbuka puasa di masjid bukannya bufet Ramadan sudah tentu dapat menjimatkan poket kita, yang penting hati kena ikhlas untuk tambah pahala.
Jika kita sudah beringat dengan menyimpan duit RM100 sehari sejak Mac lalu sehingga Mac 2025, kita sudah ada RM1,200 dalam tangan.
Jika suami isteri menyimpan kita mungkin sudah ada RM3,000.
Selesailah urusan raya dan balik kampung kita nanti untuk Aidifitri tahun depan.
Apa-apa pun berjimat mulai sekarang supaya tahun depan anak-anak dapat merasa baju raya baharu dan kasut sekolah baharu juga
Bukannya pakai seluar pendidikan jasmani yang sudah berkoyak di lutut dan stoking nampak ibu jari kaki.














