fbpx
Papua New GuineA mempunyai indeks jenayah 80.79, kedua tertinggi di dunia.

Lima negara ‘paling bahaya’ di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP negara di dunia pastinya ada kes jenayah. Cumanya, kadar jenayah antara satu negara dengan satu negara lain adalah berbeza. Ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Antara faktor kadar jenayah meningkat adalah disebabkan tahap kemiskinan, pengangguran tinggi, cabaran ekonomi, sosial, korupsi, penguatkuasaan undang-undang yang lemah dan sebagainya.

Switzerland, Denmark, Norway, Jepun dan New Zealand disifatkan sebagai negara yang mempunyai kes jenayah terendah disumbangkan daripada penguatkuasaan undang-undang negara yang lebih efektif.

Panorama kali ini menyenaraikan lima negara yang boleh dianggap paling bahaya di dunia 2024 kerana memiliki indeks kadar jenayah tertinggi sepertimana yang dilaporkan World Population Review.

1) Venezuela
Venezuela mempunyai indeks jenayah 83.76 iaitu kadar tertinggi daripada mana-mana negara di dunia. Ia juga pernah ‘memimpin’ kadar kes bunuh tertinggi di dunia pada 2018.
Malah, Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran tahap empat travel advisory bagi Venezuela sekali gus menunjukkan perjalanan ke negara itu tidak selamat dan pengembara tidak seharusnya pergi ke sana.
Kadar jenayah yang tinggi di Venezuela dikaitkan dengan faktor tertentu termasuk rasuah kerajaan, sistem kehakiman tidak adil dan sistem undang-undang yang musnah.

2) Papua New Guinea
Papua New GuineA mempunyai indeks jenayah 80.79, kedua tertinggi di dunia.
Di negara berkenaan, jenayah terutamanya jenayah-jenayah keganasan didorong terutamanya oleh perubahan pantas sosial, ekonomi dan politik.
Kumpulan Raskol terlibat dalam aktiviti jenayah berskala kecil dan besar dengan kebanyakan ahlinya terdiri daripada mereka yang berpendidikan rendah dan tidak mempunyai pekerjaan.
Jenayah terancang dalam bentuk rasuah juga biasa berlaku di bandar-bandar utama dan sebahagian besarnya menyumbang kepada kadar jenayah yang tinggi.
Selain itu, geografi Papua New Guinea juga menjadikannya cenderung untuk penyeludupan dadah dan manusia.

3) Afrika Selatan
Afrika Selatan mempunyai indeks kadar jenayah ketiga tertinggi di dunia. Malah, Afrika Selatan mempunyai kadar serangan, rogol, pembunuhan dan jenayah kekerasan lain yang sangat tinggi. Ini dikaitkan dengan beberapa faktor, termasuk tahap kemiskinan tinggi, ketidaksamaan, pengangguran, pengecualian sosial serta normalisasi keganasan.
Afrika Selatan merupakan salah satu negara berkadar rogol tertinggi di dunia. Lebih satu daripada 4 lelaki yang ditinjau oleh Majlis Penyelidikan Perubatan Afrika Selatan mengaku melakukan rogol.

4) Afghanistan
Afghanistan mempunyai indeks kadar jenayah keempat tertinggi di dunia.
Jenayah wujud dalam pelbagai bentuk termasuk rasuah, pembunuhan, dadah, penculikan dan pengubahan wang haram.
Afghanistan juga membekalkan 85 peratus candu haram dunia pada 2020. Taliban, yang menguasai semula negara itu pada 2021 telah berjanji untuk hapuskan industri candu, tetapi ia adalah bahagian penting dalam ekonomi negara yang sedang bergelut sehingga menjadi sukar untuk menghapuskannya.

5) Honduras
Honduras menduduki tempat kelima di dunia dari segi indeks kadar jenayah.
Kemuncak jenayah kekerasan di Honduras adalah pada tahun 2012, di mana negara itu mengalami kira-kira 20 pembunuhan setiap hari yang biasanya dilakukan oleh kumpulan penyamun senjata api seperti Barrio 18 atau Mara Salvatrucha.
Honduras juga dianggap sebagai laluan dadah utama ke Amerika Syarikat.
Penguatkuasaan undang-undang domestik yang lemah telah menjadikan negara ini pintu masuk mudah untuk perdagangan dadah haram.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN