fbpx
KTM mengakui sudah menemui pelarasan terbaik buat jentera mereka dan bersedia untuk mencabar kejuaraan musim depan. – AFP

KTM pasang impian menggunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VIENNA – Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer memasang impian besar menjelang saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2021 apabila mereka bertekad untuk memburu gelaran dunia pertama selepas melakukan kejutan pada musim lalu.

Sepanjang saingan 2020, KTM tampil agresif apabila meraih lapan podium termasuk tiga kemenangan dalam perlumbaan tersebut sekali gus membuka mata ramai pihak mengenai jentera buatan Austria tersebut.

Peraturan sama yang digunakan musim depan membuatkan KTM lebih yakin mereka mampu kembali bersaing kelompok hadapan dan misi mahu melengkapkan gelaran dunia pertama dalam kelas utama MotoGP.

“Pada tahun 2020 kami berjaya menepati sasaran dan melakar rekod baharu. Kini pasukan mempunyai pakar teknikal yang baik untuk memberi peluang kepada pelumba untuk meraih kemenangan serta mampu bersaing dengan kelompok teratas pada setiap perlumbaan.

“Hasil terbaik itu dan persiapan yang dilakukan pasukan ketika ini, kami meletakkan sasaran untuk merebut gelaran dunia dan tidak mustahil KTM mampu melakukannya,” kata Pierer.

Pada musim 2020, KTM menurunkan jentera terbaiknya dan dipacu oleh pelumba berpengalaman seperti Pol Espargaro dan Brad Binder dari Red Bull KTM Factory Racing, serta Miguel Oliveira dan Iker Lecuona dari Red Bull KTM Tech3.

Masing-masing tidak berdepan masalah untuk tampil cemerlang ketika menunggang jentera KTM RC16.

Kemenangan pertama KTM diraih pelumba Afrika Selatan, Binder di Grand Prix Brno. Binder menjadi pelumba KTM pertama yang meraih semua kemenangan bersama jentera KTM dalam saingan Moto3, Moto2 dan MotoGP. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN