fbpx
Keadaan di dalam salah sebuah rumah sewa yang tidak terurus termasuk sampah yang dibuang ditinggalkan di merata-rata tempat dan tandas yang kotor seolah-olah tidak pernah dicuci oleh penyewa warga tempatan.

Dua tahun hidup bersama sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kediaman tidak ubah seperti tempat pembungan sampah. Jijik dan kotor.

Itu pengalaman perit yang terpaksa dilalui segelintir pemilik rumah di negara ini sehingga terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit bahana sikap penyewa pengotor, merosakkan harta benda dan culas mem­bayar sewa serta bil utiliti.

Pemilik rumah, Mohd. Shahrul Anuar, 31, berkata, dia pernah menyewakan kediamannya jenis flat di Juru, Pulau Pinang dengan sewa RM400 sebulan kepada lelaki bujang yang bekerja sebagai jurutera pada tahun 2021.

“Rumah itu disewa selama dua tahun sebelum penyewa ke­luar pada November 2023 selepas membeli rumah sendiri. Dia tidak pernah culas bayar sewa, jadi saya beranggapan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Saya pernah menghubungi­nya sebelum ini, namun panggilan tidak berangkat. Dia beritahu ada tugasan di luar negara. Jadi saya buat laporan polis untuk masuk ke dalam rumah itu.

“Sebaik melangkah masuk, saya terkejut apabila mendapati rumah itu tidak ubah seperti tempat buang sampah,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Mohd. Shahrul memberitahu, penyewa itu berpenampilan kemas, namun keadaan di dalam rumah sewa berbeza, malah satu daripada tiga bilik di rumah itu dijadikan ‘rumah sampah’. Singki dan tandas kotor seolah-olah tidak pernah dicuci. Terdapat 60 beg sampah dalam rumah itu.

“Saya tidak dapat ‘hadam’ bagaimana dia boleh tinggal di rumah itu. Mengikut cerita jiran, dia pulang ke rumah dan jarang keluar sebaliknya kerap memesan makanan menggunakan perkhidmatan p-hailing.

“Dia juga tidak pernah di­lihat keluar membuang sampah,” ujarnya.

Mohd. Shahrul memaklumkan, dia membelanjakan ribuan ringgit untuk membersih, membaiki kerosakan dan mengecat semula rumah itu.

“Sebelum ini saya hanya membaca cerita orang lain yang menjadi mangsa penyewa dari ­neraka, kali ini saya pula terkena. Dia juga ada minta maaf,” ujarnya.

Seorang lagi pemilik rumah dikenali Zarina, 40, berkata, dia melalui pengalaman sama selepas rumahnya di Klang disewakan kepada ibu tunggal tiga anak.

“Saya berasa kasihan kerana­ wanita itu bercerai, dia be­kerja kilang dan pendapatannya cukup-cukup makan. Dia me­nyewa selama­ lima tahun. Selepas itu wanita itu beritahu dia mahu pulang ke kampung dan meninggalkan kunci dalam peti surat.

“Sejak itu dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej. Bila masuk ke dalam rumah itu saya terkejut lihat tandas berlumut, ada bau najis kucing, pintu bilik terkopak selain tombol patah. Singki dapur pula ‘ghaib’.

“Jadi saya terpaksa keluarkan modal beribu ringgit untuk membaiki rumah tersebut,” katanya.

Sementara itu, pasangan ­suami isteri dikenali sebagai Ida, 33, dan Saufi, 37, melalui penga­laman berbeza apabila penyewa mereka lari tanpa menjelaskan bil utiliti dan sewa selama dua bulan mencecah RM5,000.

Rumah teres dua tingkat di Kota Warisan, Sepang itu di­sewakan kepada pasangan suami isteri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan. Itu merupakan penga­laman pertama mereka kerana sebelum ini kediaman tersebut dijadikan inap desa.

“Mula-mula kami pelik sebab mereka tergesa-gesa mahu ma­suk rumah. Mereka membuat cerita sedih terpaksa keluar dari rumah sewa lama.

“Belum sempat menanda­ta­ngani perjanjian sewa, mereka sudah ada di depan rumah ­dengan lori. Atas rasa simpati kami benarkan mereka.

“Mula-mula mereka minta kurangkan kadar sewa kepada RM1,500 berbanding RM2,000 sebulan. Selepas itu mereka jelaskan lambat dan selepas itu tidak bayar langsung. Kerana tidak tahan, kami ugut untuk potong elektrik, jadi mereka cabut lari,” katanya yang serik menyewakan rumah itu selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN