fbpx
Aminuddin (tengah) dan Wan Munadi (dua dari kanan) menyerahkan replika khairat kematian kepada keluarga Mohd. Fakhruzzaman di Kota Bharu semalam.

‘Ini rezeki arwah isteriku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kesedihan seorang suami atas kematian isteri­nya sedikit terubat apabila menerima Khairat Kematian Skim Emas Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) lebih RM52,000 walaupun baru enam bulan menyertai pakej tersebut.

Mohd. Fakhruzzaman Ghazali, 41, berkata, isterinya, Roslinda Mohd. Razali yang merupakan bekas guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Penambang, Pantai Cahaya Bulan (PCB) meninggal dunia pada 29 April lalu akibat ketumbuhan dalam kepala.

Kata guru SK Redang PCB itu, dia dan dua anak, Nur Afreena Qaleesya, 12, dan Nur Afreena Zaheera, 6, masih terkesan dengan kehilangan arwah yang sebelum ini hanya mengalami gastrik.

“Arwah mencarum dengan bayaran RM35 sebulan untuk skim tersebut. Saya tidak sangka dia akan dapat lebih RM52,000 walaupun baru enam bulan me­nyertainya.

“Wang ini akan digunakan untuk pendidikan dua anak dan saya bersyukur kerana YGMB amat prihatin menjaga kebajikan ahli-ahlinya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ceramah Anti-Scam di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Tunjong di sini semalam.

Penyerahan khairat kematian itu disempurnakan Pengerusi YGMB, Aminuddin Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat.

Sementara itu, Wan Munadi berkata, tahap penerimaan guru muda terhadap skim perlindu­ngan yang ditawarkan YGMB semakin meningkat.

“Ramai guru muda dan aktif menghidap penyakit kritikal dan membimbangkan. Ketika ini kita mempunyai lebih 110,000 ahli dan dijangka terus meningkat selepas pengenalan Ahli Skim Platinum,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN