fbpx
Warga emas terpaksa menjaga cucu selepas ibu bapa bercerai dan berkahwin lain.

Ramai lupakan anak selepas kahwin lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Ibu bapa yang bercerai sebelum bernikah lain menjadi antara punca anak-anak daripada perkahwinan pertama terpinggir dan terpaksa dibela pula oleh datuk dan nenek mereka.

Lebih memeritkan apabila ada ibu bapa yang langsung tidak berhati perut apabila langsung tidak memberi wang belanja atau nafkah dan terus membiarkan warga emas berkenaan menanggung beban sendiri.

Timbalan Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Kebangsaan, Zainol Abidin Mohamad berkata, banyak kes berlaku di mana datuk dan nenek yang mempunyai masalah kesihatan dan kewa­ngan terpaksa menjaga cucu.

“Bila ibu bapa kahwin lain selepas bercerai, mereka abaikan anak sedia ada. Peranan bela mereka digalas oleh orang tua sedangkan budak itu perlukan kasih sayang ibu bapa.

“Ada warga emas terpaksa bekerja untuk tampung belanja harian dan sekolah cucu. Memang perit dan kasihan kerana berapa yang boleh dapat jika tinggal di kampung,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Zainol Abidin, ada anak-anak terabai akibat pasangan berpisah kerana dadah hingga memberi kesan psikologi kepada mereka.

Tambahnya, sesetengah warga emas mungkin mendapat bantuan bulanan.

“Kami bersedia membantu dengan mengambil mereka sebagai anak angkat PIBKS dengan membuat aduan kepada pihak sekolah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN