Khamis lalu, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, menghembuskan nafas terakhir selepas 72 jam bertarung nyawa akibat termakan makanan ringan disaluti racun tikus pada Ahad lalu. Kanak-kanak itu meninggal dunia di sisi ibunya, Nurain Hasnorizal selepas wanita berkenaan selesai bacaan Yasin di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira pukul 8.30 pagi. Kesedihan keluarga ini berganda apabila adik Allahyarham, Muhammad Luth Syauqi, 2, yang juga termakan jajan ‘beracun’ diambil mereka di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi, Labu……