fbpx

Remaja dicekup ketika cuba seludup petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tong yang mengandungi minyak petrol di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dirampas oleh anggota PGA di Sekat Pintas Pos Ular, Pengkalan Kubor hari ini.

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 menahan seorang remaja yang cuba menyeludup 30 liter minyak petrol menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Pegawai Pemerintah PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, suspek yang berusia 19 tahun itu ditahan ketika melalui sekat pintas Pos Ular pada pukul 6.30 pagi.

“Anggota PGA Batalion 9 telah menahan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero selepas melihat remaja itu memandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Pengkalan kubor menghala ke Kampung Simpangan.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu membawa kepada penemuan tong yang mengandungi minyak petrol dan dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Azhari memberitahu, berdasarkan siasatan, suspek mengaku bahawa tong-tong minyak itu akan dibawa ke pangkalan haram Pok Leh untuk diseludup.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM32,563.20.

Azhari berkata, kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI