JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya memberkas dua lelaki tempatan dipercayai merupakan ahli sindiket pengedaran dadah dalam dua serbuan yang dibuat di Seri Alam, dekat sini Ahad lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, turut dirampas dalam serbuan berkenaan adalah dadah jenis heroin seberat 13.77 kilogram (kg) bernilai RM153,178.
Menurut beliau, kedua-dua suspek yang ditahan berusia 31 dan 38 tahun.
“Pada 20 Disember lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dengan JSJN Bukit Aman telah melancarkan dua serbuan di sekitar Seri Alam.
“Dua lelaki ditahan dalam serbuan itu, bersama dadah jenis heroin seberat 13.37 kg bernilai RM153,178,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Ayob Khan, ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati kedua-dua suspek positif penyalahgunaan dadah manakala seorang daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau. -K! ONLINE














