fbpx
Gambar hiasan.

Keluaran minyak negara menurun, cabaran kepada industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Keluaran minyak negara menurun kepada 360,000 hingga 370,000 tong sehari, berbanding 650,000 tong sehari yang dicapai dalam tempoh 15 tahun ini sekali gus cabaran kepada sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) negara.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sehubungan itu suatu perubahan perlu dilaksanakan antara lain pelarasan semula dasar kerajaan dalam menjadikan sektor OGSE lebih mampan dan boleh mencapah serta tidak hanya tertumpu di pasaran tempatan semata-mata.

“Industri ini melalui tempoh begitu mencabar (antaranya) pada 2015, 2016 dan semasa pandemik Covid-19, malah terpaksa bergelumang banyak cabaran.

“Jadi ini masa baik untuk kita semak semula terutama perspektif bahawa industri minyak dan gas Malaysia sudah bertukar secara drastik dalam tempoh 15 tahun lepas,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Banci OGSE 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan mempunyai Pelan Hala Tuju Industri OGSE Kebangsaan bagi tempoh 2021-2030 (OGSE Blueprint) berkaitan industri tersebut yang dilancarkan pada 2021.

“Tapi sebenarnya banyak yang telah berubah antara tempoh (pelan) dilancarkan sehingga sekarang. Justeru, satu perubahan paling utama dalam agenda kerajaan adalah untuk mencapai komposisi tenaga mampan menjelang 2050.

“Jadi beberapa keputusan besar telah dibuat sementara kita memerlukan kapasiti tenaga boleh baharu dibina dengan cepat. Ini kerana corak penggunaan, permintaan bekalan selain keadaan semasa industri berubah dari sewaktu pelan dibuat,” katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, Banci OGSE 2024 yang dilancarkan hari ini mengambil kira kepentingan sektor OGSE kepada ekonomi negara serta ketahanan industri tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN