fbpx
Tiada tema khusus, kreativiti tersendiri dipersembahkan dengan penuh yakin.

K2

Tatahias kondominium gaya sofistikated

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SENI menghias kediaman adakalanya bergantung kepada kreativiti pemilik kediaman itu sendiri.

Tanpa perlu terikat kepada sesuatu tema tertentu, rumah yang dihias mengikut cita rasa tersendiri juga mampu menyerlah dan lebih istimewa lagi melambangkan identiti tersendiri penghuni kediaman itu.

Bagi ibu kepada dua orang cahaya mata, Lily Sulastri, minatnya terhadap hiasan rumah bermula selepas berpindah masuk ke kondominium miliknya yang terletak di ibu kota sejak Oktober 2020.

Semenjak itu yang juga merupakan waktu Covid-19 menular dalam negara, Lily banyak menggunakan masa terluang untuk menghias kediamannya dan bereksperimen dengan susun atur perabot.

“Jika diikutkan, kami tidak mempunyai tema khusus, namun ia lebih kepada mewujudkan sebuah rumah idaman yang selesa tetapi pada masa sama tetap nampak bergaya.

“Saya juga banyak mengambil inspirasi daripada aplikasi Pinterest dan juga dekorasi rumah di Instagram,” katanya.

Pesona kediaman milik Lily terletak pada kebijaksanaannya menyusun atur perabot dan menyuai padan warna yang tepat.

Ruang tamu kediaman tampil menarik dengan pemilihan warna kelabu yang dipadankan dengan warna-warna tanah seperti coklat dan hitam.

Pencahayaan semula jadi dari sudut balkoni kediaman pula menyinari ruang itu menjadikan ia tampak terang dan luas.

Sofa rekaan moden daripada material fabrik menjadi pilihan Lily untuk diletakkan di ruangan tersebut yang turut dipadankan dengan permaidani ringkas rona sama untuk gaya senada.

Menjengah ke ruang makan keluarga, meja makan ringkas dengan kerusi makan rona coklat menjadi pilihan.

Penggunaan warna-warna tanah seperti coklat mencetuskan kedamaian.

Lampu makan dengan rekaan sofistikated pula menjadi penyeri ruang makan itu yang menyerlahkan estetika moden pada ruang kediaman.

Namun, apa yang menjadikan ruang makan itu tampil istimewa adalah dinding cermin pada sudut kanannya yang memberi ilusi ruang lebih luas.

“Dinding cermin ini diinspirasikan daripada kediaman sepupu saya di Singapura.

“Memandangkan ruang pada kediaman ini terhad, maka penggunaan dinding sebegini memberikan ilusi pada ruang makan menjadikan ia tampak lebih luas.

“Secara estetikanya pula, dinding sebegini pastinya menjadi tarikan atau statement pada sesebuah ruang,” katanya.

Bagi ruang dapur kediaman pula, Lily memilih rona putih dengan percikan rona hitam.

Gabungan dua rona itu yang diterapkan pada jubin memberikan impak yang besar buat dapur kediaman.

Hasilnya, dapur rumah Lily tampak moden tanpa kelihatan sarat mahupun berlebih-lebihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN